Sejarah bantuan ketenteraan kepada Sepanyol Condor Legion

Selepas rampasan kuasa di Sepanyol pada permulaan Perang Saudara Sepanyol, pihak Republik Sepanyol Kedua meminta sokongan Soviet Union dan Perancis, dan puak nasionalis meminta bantuan Hitler Jerman dan fasis Itali. Permintaan pertama untuk pesawat Jerman telah dibuat pada 22 Julai, dengan pesanan 10 buah pesawat pengangkut. Hitler memutuskan untuk membantu nasionalis pada 25 atau 26 Julai, tetapi berhati-hati dalam membangkitkan peperangan besar Eropah. Kementerian Udara Reich menyimpulkan bahawa tentera nasionalis memerlukan lebih kurang 20 buah Ju 52, dikendalikan oleh juruterbang Luft Hansa, untuk membawa Tentera Darat Afrika daripada negara Maghribi ke Sepanyol. Misi ini dikenali sebagai Operasi Magic Fire (Bahasa Jerman: Feuerzauber). Usaha sama Sepanyol-Jerman "Syarikat Pengangkutan Sepanyol-Maghribi" (Bahasa Sepanyol: Companía Hispano-Marroquí de Transporte, HISMA) dan seluruh syarikat Jerman, Bahan Mentah dan Syarikat Barangan (Bahasa Jerman: Rohstoffe-und-Waren-Einkaufsgesellschaft, ROWAK) telah ditubuhkan. Penglibatan ini menjadi rahsia, disembunyikan daripada kementerian luar dan ekonomi, dan dibiayai dengan tiga juta Reichmarks.

Organisasi dan perekrutan para sukarela Jerman juga menjadi rahsia. Kontingen pertama berjumlah 86 orang bertolak pada 1 Ogos, tidak menyedari kemana mereka pergi. Mereka diiringi dengan enam buah pesawat pejuang bersayap dua, meriam anti pesawat dan kira-kira 100 tan bekalan lain. Mereka telah diletakkan di lapangan terbang Tablada berhampiran Seville, dan diiringi oleh pengangkut udara Jerman yang memulakan pengangkatan tentera Franco ke Sepanyol. Penglibatan Jerman bertambah pada September melingkungi cabang tentera Wehrmacht yang lain; Operasi Magic Fire telah dinamakan semula Operasi Guido pada November. Dipercayai askar-askar tersebut melatih puak nasionalis Sepanyol, dan tidak berperang. Ketua Kriegsmarine menyediakan kapal selam daripada 24 Oktober. Tentera Laut Jerman juga menyediakan pelbagai kapal laut dan menyelaras pergerakan bekalan Jerman ke Sepanyol. U-boot Jerman telah dihantar ke perairan Sepanyol dibawah nama samaran Ursula.

Dalam masa dua minggu selepas 27 Julai, pengangkut Jerman mengangkat hampir 2,500 anggota Tentera Darat Afrika ke Sepanyol. Pada 11 Oktober, misi tersebut akhirnya tamat, sejumlah 13,500 askar, 127 mesingan dan 36 buah meriam medan telah dibawa kedalam Sepanyol dari Maghribi. Sepanjang tempoh ini terdapat satu gerakan latihan dan misi bekalan tempur secara terang-terangan. Ketua operasi, Alexander von Scheele, telah digantikan oleh Walter Warlimont. Pada September, 86 tan bom, 40 buah kereta kebal PzKpfw I Panzer dan 122 anggota telah mendarat di Sepanyol; mereka telah diiringi dengan 108 pesawat dalam tempoh Julai–Oktober, berpecah antara pesawat untuk puak Nasionalis sendiri dan kapal terbang untuk para sukarelawan Jerman di Sepanyol.

Krew-krew udara Jerman membantu kemaraan Nasionalis ke Madrid, dan kejayaan pembebasan Kepungan Alcázar. Akhirnya, fasa Kepungan Madrid tidak berjaya. Bantuan udara Soviet bagi pihak Republikan semakin bertambah, terutama daripada bekalan pesawat Polikarpov. Warlimont merayu kepada Nazi Jerman untuk menambahkan bantuan. Selepas pengiktirafan Jerman keatas kerajaan Franco pada 30 September, usaha-usaha Jerman di Sepanyol telah disusun semula dan diperbesarkan. Struktur pemerintahan sedia ada telah digantikan dengan Winterübung Rügen, dan unit-unit tentera sedia ada di Sepanyol telah dibentuk menjadi sebuah legion baru, yang dipanggil sebagai Iron Rations (Bahasa Jerman: Eiserne Rationen) dan Iron Legion (Bahasa Jerman: Eiserne Legion) sebelum Hermann Goering menamakannya Condor Legion (Bahasa Jerman: Legion Condor). Kuasa usaha pertama Jerman bagi kerajaan Franco, Jeneral Wilhelm von Faupel, tiba pada November, tetapi diberitahu jangan masuk campur dalam hal-hal ketenteraan.

Rujukan

WikiPedia: Condor Legion http://www.axishistory.com/index.php?id=235 http://axis101.bizland.com/SpanishAwards03.htm http://books.google.com/books?id=_HkHU5RJJekC&pg=P... http://www.historynet.com/magazines/aviation_histo... http://www.spiritone.com/~gdy52150/goldp6.html http://www.wehrmacht-awards.com/campaign_awards/sp... http://www.wehrmacht-awards.com/uniforms_firearms/... http://www.zi.ku.dk/personal/drnash/model/spain/in... http://www.centennialofflight.net/essay/Air_Power/... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Legion...